Tanah lembap dan perubahan iklim Tanah_lembap

Tanah lembap melakukan dua fungsi penting yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia mempunyai kesan tebatan menerusi kebolehannya untuk menadah karbon, serta kesan penyesuaian melalui kebolehannya untuk menakung dan mengawal air.

Tebatan

Hutan dan tanih paya gambut disalir, dibakar, digali dan diragut secara berlebihan sehingga menyumbang kepada perubahan iklim yang teruk. Oleh sebab tanah gambut hanya membentuk 3% kawasan darat sedunia, maka degradasi tanah ini bersamaan dengan 7% lepasan karbon dioksida (CO2) bahan api fosil sedunia. Kesan daripada penyaliran gambut, karbon organik yang dikumpul selama ribuan tahun yang lalu dan biasanya berada di dasar air, tiba-tiba terdedah kepada udara, lalu terurai dan bertukar menjadi karbon dioksida (CO2) yang terlepas ke dalam atmosfera. Kebakaran tanah gambut juga menyebabkan proses sebegitu, apatah lagi menghasilkan kepulan asap besar yang merentasi sempadan antarabangsa, dan begitulah yang terjadi di Asia Tenggara setiap tahun.

Dengan membina empangan, Wetlands International sedang menambat penyaliran tanah gambut di Asia Tenggara, sekaligus menghindari pengeluaran CO2 yang berlebihan. Usaha pemulihan hutan dengan spesies pokok asli serta pasukan bomba tetangga juga terlibat dalam pendekatan yang bersepadu dan berjimat, seperti yang diamalkan di Kalimantan Tengah dan Sumatera, Indonesia.

Penyesuaian

Pokok bakau, dataran banjir, tanah tinggi dan tanah lembap lain boleh mengurangkan kesan kerpasan berlebihan, ribut, peleburan glasier dan juga kenaikan paras air. Fungsi tanah lembap mengawal dan menadah adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah. Oleh itu, untuk melindungi orang-orang yang hidup berdekatan atau jauh di hilir sungai dari kawasan tanah lembap dan punca mata pencarian mereka, tanah lembap harus dipelihara dan dipulihkan supaya ia boleh terus memainkan peranan pentingnya.

Rujukan

WikiPedia: Tanah_lembap http://www.for.gov.bc.ca/hfd/pubs/Docs/Lmh/Lmh52.p... http://www.alabamapower.com/hydro/glossary.asp http://www.articlemyriad.com/37.htm http://www.ens-newswire.com/ens/apr2002/2002-04-15... http://www.thewildclassroom.com/biomes/wetlands.ht... http://www.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd... http://www.cpe.rutgers.edu/brochures/pdfs/1987-Arm... http://www.fws.gov/wetlands/ http://mapping2.orr.noaa.gov/portal/calcasieu/calc... http://naldr.nal.usda.gov/NALWeb/Agricola_Link.asp...